Selasa, 28 Februari 2012

Langkah Menulis Rumusan


LANGKAH PERTAMA


Baca Arahan Soalan:  ( soalan SET 1)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat menabung dan kebaikan amalan ini kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

LANGKAH  KEDUA


Kata kunci pertama         :   Langkah-langkah untuk menggalakkan  masyarakat menabung
Kata  kunci kedua            :  Kebaikan amalan ini kepada masyarakat

LANGKAH  KETIGA


Baca petikan sambil mengenal pasti 6 isi tersurat  (kata kunci pertama)- Gunakan “High light: atau garis dengan pen yang berwarna merah.

LANGKAH  KEEMPAT


Pendahuluan       : Petikan membincangkan usaha-usaha untuk menggalakkan masyarakat menabung di negara
                               kita.
Isi tersurat           : Langkah-langkah untuk menggalakkan  masyarakat menabung
·         Langkah 1…………………………………………..
·         Langkah2…………………………………………..
·         Langkah 3………………………………………….
·         Langkah 4………………………………………….
·         Langkah 5………………………………………….
·         Langkah 6………………………………………….

                            
Isi tersirat            :  Kebaikan amalan menabung kepada masyarakat
                                (calon perlu  memikirkan 2 faedah atau kebaikan menabung kepada masyarakat)
·         Kebaikan 1…………………………………………..
·         Kebaikan 2…………………………………………..
Penutup              :  Kesimpulannya, ………………(cadangan positif)…agar/ supaya/ demi…….(harapan/ positif)…



LANGKAH  KELIMA

Bina rumusan lengkap


BAHAGIAN  PENDAHULUAN
Pendahuluan petikan hendaklah dimulakan dengan perkataan :
-       Petikan membincangkan   …….
-       Petikan tentang ……….
-       Petikan menyentuh  …………….
-       Petikan membicarakan  ……………..
-       Dalam bahagian pendahuluan , pelajar perlu memberi sinonim pada  perkara 1 dalam soalan .

-       Contoh soalan :
Buatkan satu rumusan tentang punca-punca kemalangan jalan raya ( perkara 1 ) dan kesan-kesannya (  perkara 2 ).

-        Contoh pendahuluan :
-       Petikan membincangkan sebab-sebab ( sinonim pada perkataan punca-punca  ) kemalangan jalan raya .  ( 2 markah )

PANDUAN: Contoh sinonim


BIL

KATA KUNCI

PERKATAAN SINONIM
1
punca-punca
sebab-sebab,  faktor-faktor
2
kesan-kesan
akibat, implikasi, impak, natijah, signifikasi
3
langkah-langkah
cara, kaedah, usaha, strategi, peranan, sumbangan, fungsi. tindakan
4
kebaikan
faedah, manfaat, keistimewaan, kepentingan, keuntungan, kelebihan, positif
5
keburukan
kelemahan, kekurangan, kepincangan, kerugian, masalah, kesan negatif
6
peranan
fungsi, tanggungjawab, tugas, tindakan
7
sumbangan
jasa, bakti
8
kekangan
halangan, masalah, kesulitan, rintangan, cabaran
9
ciri-ciri
kriteria
10
fenomena
Keadaan, situasi


BAHAGIAN ISI TERSURAT (S)
-       Isi tersurat (S) hendaklah merujuk  perkara 1 dalam soalan .
-       Isi tersurat hendaklah diambil bulat-bulat daripada petikan , jangan diubah perkataan atau maknanya .


BAHAGIAN ISI TERSIRAT (T)
-        Isi tersirat hendaklah merujuk  perkara 2 dalam soalan .
-       Isi tersirat hendaklah berdasarkan pemikiran dan pengetahuan pelajar .
-       Isi tersirat tidak boleh diambil daripada petikan walaupun isi tersebut ada dinyatakan dalam petikan .


BAHAGIAN  KESIMPULAN
-        Kesimpulan dalam rumusan hendaklah dimulakan dengan perkataan :  Kesimpulannya,  ……………….    mestilah / haruslah……………………………agar ……….
-       Dalam bahagian kesimpulan, pelajar perlu menyatakan cadangan dan harapan terhadap  perkara 1 yang dibincangkan dalam petikan .
-       Contoh soalan :   Buatkan satu rumusan tentang punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja .
-       Contoh kesimpulan :  Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ( cadangan ) agar generasi berakhlak mulia dapat dilahirkan (harapan ).



Soalan :

SET 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat  menabung dan kebaikan amalan ini kepada masyarakat.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                Status, nama dan kehidupan glamor yang menjadi kayu pengukur masyarakat moden hari ini menyebabkan ramai yang terbeban dengan hutang keliling pinggang. Akibat terlalu ingin memuaskan nafsu duniawi, segelintir masyarakat sanggup meminggirkan tabiat menabung ekoran anggapan tabiat ini hanya untuk hari tua. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menggalakkan masyarakat supaya menabung?    Jalan paling mudah adalah dengan  membuat simpanan di mana-mana institusi kewangan. Pihak institusi kewangan juga perlu mengambil inisiatif untuk menghantar pegawai-pegawai mereka ke sekolah-sekolah untuk mengadakan sesi ceramah tentang kepentingan menabung kepada para pelajar. Tawaran pelbagai intensif oleh pihak institusi kewangan kepada para pelajar yang membuat simpanan pada kadar-kadar yang tertentu juga pasti akan menarik minat mereka untuk menabung.
               
                Kempen-kempen untuk membangkitkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menabung juga mampu menggalakkan tabiat ini dalam diri mereka. Dalam satu-satu pesta misalnya, pihak penganjur haruslah mempelawa institusi-institusi kewangan yang tertentu untuk berkempen tentang manfaat yang diperoleh sekiranya masyarakat menabung atau membuat simpanan di bank mereka. Edaran risalah-risalah yang menjelaskan kebaikan amalan ini pasti dapat menarik pengunjung untuk menyertai skim-skim simpanan yang ditawarkan. Penjelasan yang kabur mungkin akan menimbulkan kesangsian dalam diri orang ramai yang mungkin berpendapat bahawa institusi kewangan terbabit hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata. Guru-guru di sekolah juga boleh memainkan peranan dengan mewujudkan tabung kelas untuk menggalakkan para pelajar menabung iaitu dengan membuat kutipan secara mingguan atau bulanan. Usaha murni ini sudah pasti akan membuka mata para pelajar  tentang kepentingan sikap suka menabung. Wang simpanan yang diamanahkan kepada guru-guru masing-masing boleh digunakan untuk kegunaan semua pelajar pada waktu-waktu kecemasan.

                 Hakikatnya, ibu bapa sendiri perlu menjadi model kepada anak-anak dengan memastikan bahawa mereka sendiri mempunyai simpanan  sebagai persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan pada masa hadapan. Janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul akhirnya anak-anak sendiri akan mempertikaikan tabiat mereka yang tidak suka menabung. Masyarakat juga harus sedar diri ketika berbelanja tambah-tambah lagi ketika menyambut sesuatu perayaan. Mereka perlu mengelakkan diri daripada membeli barang-barang yang tidak diperlukan, sebaliknya wang yang ada perlu disimpan untuk keperluan semasa terdesak.

PERKONGSIAN ILMU BERSAMA RAKAN SEJAWAT DAN ANAK DIDIK SMKBSP